Saturday, May 16, 2009

Sistem perision versi 1.5 Android

Google telah mengeluarkan Sistem Perisian Telefon Mudah Alih ( Mobile Operating System) terbaru versi 1.5. Sistem Perisian Android OS yang terbaru akan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding versi lama dan akan dilancarkan oleh T-Mobile G1 bermula minggu depan.

Kunci utama untuk versi terbaru Android adalah termasuk video recording dan playback ,ditambah dengan keupayaan untuk di upload video terus ke Youtube.Anda juga dapat upload gambar yang ditangkap dengan kamera G1 3.2 megapixel terus ke "Google's Picasa Web Albums online".

Selain itu ciri-ciri (feature) terbaru untuk Android 1.5 termasuk "on-screen QWERTY keyboard"(G1 juga mempunyai" hardware keyboard") ;terdapat widget terbaru dipaparkan pada "home screen";sokongan stereo Bluetooth ; "batch editing" dalam aplikasi Gmail ; fungsi copy dan paste dalam Web browser. Android 1.5 juga akan menghalusi kesemua paparan pengguna dan ditambah dengan sistem yang laju apabila menggunakan kamera dan aplikasi GPS yang telah diaktifkan pada masa yang sama .

Kemaskini(Update) untuk semua telefon G1,dirancang untuk dilancarkan pada pehujung bulan ini.


No comments: